Bayern putih mata lagi

Bayern putih mata lagi

MADRID, 29 Sept – Atletico Madrid menghantui Bayern Munich lebih daripada sekali apabila Yannick Carrasco menyebabkan kekalahan pertama Carlo Ancelotti sebagai jurulatih gergasi Jerman dengan kemenangan 1-0 di Vicente Calderon dalam Liga Juara-Juara, semalam.

Kelab Sepanyol itu menundukkan Bayern menerusi gol di tempat lawan dalam separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu dan lawannya yang juga juara Eropah sebanyak lima kali itu dilihat tidak menghalang Carrasco daripada menjaringkan gol daripada dalam kotak penalti pada 10 minit sebelum waktu rehat.

Thomas Mueller memperoleh peluang terbaik buat Bayern tetapi dinafikan Jan Oblak sekali gus menyebabkan juara Jerman itu gagal menjaringkan gol dalam kunjungan ke Sepanyol buat kali keempat berturut-turut.

Dan Atletico dilihat terlepas peluang besar apabila memperoleh penalti pada tujuh minit sebelum perlawanan tamat apabila sepakan Antoine Griezmann terkena palang.

“Saya merasa bangga menjadi jurulatih pasukan ini,” kata Simeone yang menambah rekod bersih kemenangan di laman sendiri sebagai jurulatih Atletico dengan hanya satu kekalahan dalam 18 perlawanan Liga Juara-Juara di laman sendiri. – AFP

Reaksi Ribery dan Arturo Vidal selepas tewas kepada Atletico di stadium Vicente Calderon, kelmarin. – AP
Reaksi Ribery dan Arturo Vidal selepas tewas kepada Atletico di stadium Vicente Calderon, kelmarin. – AP

ARTIKEL YANG SAMA