Bayern sambung semula perjuangan

Bayern sambung semula perjuangan

BERLIN, 21 Jan – Pep Guardiola memulakan langkah terakhirnya sebagai jurulatih Bayern Munich di Hamburg esok dengan pasukannya dalam laluan menjulang mahkota keempat Bundesliga dan menumpukan hatrik gelaran.

Dengan menyatakan dia mahu bertugas di England musim depan, kendalian selama tiga tahun Guardiola akan dikira di Munich sama ada dia boleh mengulangi kejayaan mantannya, Jupp Heynckes bagi memenangi tiga kejayaan – Liga Juara-Juara, Piala Jerman dan Bundesliga pada 2013.

Bayern telah memenangi gelaran liga Jerman tiga musim lalu dan berusaha untuk menjadi pasukan pertama memenangi empat gelaran Bundesliga berturut-turut.

Mereka juga mara ke suku akhir Piala Jerman, tetapi dalam Liga Juara-Juara mereka akan berdepan ujian sukar setelah diketepikan pada separuh akhir dua tahun berturut-turut di bawah Guardiola. – AFP

Reaksi Guardiola semasa mengadakan latihan bersama pasukannya di Doha, Qatar, 7 Januari lalu. - Reu-ters
Reaksi Guardiola semasa mengadakan latihan bersama pasukannya di Doha, Qatar, 7 Januari lalu. – Reu-ters

ARTIKEL YANG SAMA