Bayern sedia bagi perlawanan setempat

Bayern sedia bagi perlawanan setempat

BERLIN, 16 Sept – Bayern Munich menukar fokus mereka dari kempen Liga Perdana ke kempen domestik dalam mengekalkan kempen sempurna mereka dalam musim ini dalam perlawanan menentang Ingolstadt Sabtu ini.

Juara bertahan Bundesliga itu membelasah pasukan dari Rusia Rostov 5-0 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D untuk meneruskan permulaan memberangsangkan Carlo Ancelotti di Jerman dengan lima kemenangan dari lima perlawanan, 20 jaringan dan tiada melepaskan sebarang gol daripada pihak lawan.

Lawan mereka Ingolstadt kini di tangga ke-16 selepas dua perlawanan, dengan satu mata, dan berada di luar ranking untuk memberikan ancaman.

Jurulatih Markus Kauczinski menegaskan pasukannya tidak akan begitu teruja bermain di Arena Allianz, di mana mereka bermain tanpa pemain pertahanan Romain Bregerie, yang telah mengalami kecederaan betis.

“Tidak ada apa yang kami rugikan,” katanya. “Kami tahu semuanya mesti sempurna Sabtu ini untuk membawa pulang sesuatu.

Namun kami tidak akan bersembunyi dan kami akan mengekalkan cara permainan kami.”

Perlawanan itu adalah pertama di tempat sendiri di Bayern, yang mungkin akan bersendirian di persada liga pada hujung September, selepas Ingolstadt mereka akan menghoskan Hertha Berlin, satu-satunya pasukan lain tanpa kalah selepas dua pusingan.

Bintang menaik Bayern Joshua Kimmich akan melihat untuk meneruskan aksi hebatnya, selepas menjaringkan empat gol dalam tiga perlawanan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA