Bayern sedia hadapi Juventus

Bayern sedia hadapi Juventus

BERLIN, 16 Mac (AFP) – Bayern Munich akan menentang Juventus hari ini dalam perlawanan kelompok 16 terakhir Liga Juara–Juara untuk mengurangkan kesilapan dan menghalang kebangkitan perlawanan pertama pasukan dari Itali.

Bayern akan menghoskan juara Itali di Allianz Arena bersedia untuk melengkapkan kemunculan kelima berturut–turut dalam Liga Juara–Juara.

Pasukan dari Jerman itu mara kelapan pasukan terakhir apabila Thomas Mueller dan Arjen Robben yang mendahului mereka 2-0 di Turin sebelum Juventus menguasai kesilapan dilakukan Munich dengan jaringan menerusi Paulo Dybala dan Stefano Sturaro.

“Kami bermain dengan baik bagi 60 minit pertama, mendahului 2-0 dan tiba–tiba kedudukan bertukar 2-2,’ kata pemain penyerang Bayern itu, Robert Lewandowski.

“Kami perlu berhati-hati, kerana Juventus boleh bertahan dengan baik dan menunggu bagi peluang mereka.”

Pasukan Bayern ketika mengadakan latihan menjelang pertemuan pasukannya menetang Juventus nanti. – Reuters
Pasukan Bayern ketika mengadakan latihan menjelang pertemuan pasukannya menetang Juventus nanti. – Reuters

Juventus belum pernah kalah dalam 19 perlawanan, tetapi mengalami kekalahan pada Isnin lalu apabila pemain utama, Claudio Marchisio dan Dybala direhatkan dengan kecederaan kaki.

“Mereka masih lagi Juventus dan masih pasukan yang sama,’ kata ketua jurulatih, Pep Guardiola.

“Saya tahu mentaliti pemain Itali dan mereka memenangi beribu gelaran dengannya, ia adalah bagaimana kedudukannya, tidak mengira sama ada Marchisio beraksi atau tidak.”

Allegri sudah kehilangan pemain pertahanan Girodgio Chiellini dan Martin Caceres, sementara bekas pemain penyerang Bayern, Mario Mandzukic sedang menjalani rawatan kecederaannya.

Sementara itu, pemain sayap Bayern Munich, Arjen Robben ragu-ragu untuk menyertai perlawanan kedua untuk Liga Juara-Juara Rabu 16 terakhir menentang Juventus selepas dia terpaksa rehat daripada mengikuti latihan kelmarin sebab selesema, kata jurulatih Pep Guardiola.

“Saya tidak tahu sama ada dia boleh bermain, saya harap dia boleh melakukannya tetapi pada ketika ini, saya tidak tahu.”

Pasukan Guardiola dilatih untuk beberapa waktu di tengah-tengah salji lebat pada pagi Selasa.

“Kami tidak dapat melatih terlalu banyak kerana salji. Pada akhirnya ia menjadi agak berbahaya,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA