Bayern tewas lagi

Bayern tewas lagi

BERLIN, 10 Mei (AFP) – Bayern Munich yang bermain 10 orang mengalami kekalahan empat kali berturut-turut yang mengakibatkan hilang semangat, dengan kekalahan 1-0 kepada Augsburg semalam sebelum pusingan kedua separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Barcelona.

Pemain penyerang Augsburg dari Paraguay, Raul Bobadilla menyusuli Lionel Messi dari Barcelona dengan menambah lagi derita Bayern yang juga jaguh Bundesliga ini.

Bayern menerima kunjungan Barca untuk pusingan kedua separuh akhir Selasa ini, dengan tugas sukar setelah ditumpaskan 3-0 di Sepanyol, apabila Messi telah mencipta dua gol kemenangan, yang menyusuli kekalahan kepada Borussia Dortmund dalam separuh akhir Piala Jerman dan kekalahan liga di Bayern Leverkusen.

“Tidak mudah, selepas kekalahan kepada Barcelona dan bermain selama 80 minit dengan 10 pemain. Kami tidak ada pemain sayap dan pemain sayap pertahanan kami terpaksa menyerang juga,” kata jurulatih Bayern, Pep Guardiola, yang berdepan kecederaan pemain sayap Franck Ribery dan Arjen Robben.

Guardiola telah menyenaraikan pasukan hampir bertenaga untuk menentang Augsburg, dengan hanya merehatkan Xabi Alonso dan penjaga gol Manuel Neuer, tetapi pasukan gergasi Jerman itu bermain hampir 80 minit dengan hanya 10 pemain selepas penjaga gol simpanan Pepe Reina dilayangkan kad merah.

Neuer berdepan penalti selepas Reina diperintah keluar padang dengan permainan berbaki 13 minit kerana mengasari Bobadilla. Tendangan pemain pertahanan Belanda, Paul Verhaegh terkena tiang gol dengan tendangan mengejut menumpaskan Neuer yang membuat terpaan. Tendangan Mario Goetze kemudian terkena palang gol Augsburg pada awalnya dan tendangan penyerang Robert Lewandowski juga terkena tiang gol pada akhir separuh masa pertama.

Augsburg meraih kemenangan apabila pemain tengah dari Denmark, Pierre-Emile Hoejberg yang dipinjamkan dari Bayern, melakukan hantaran yang kemudian diberi sentuhan oleh Bobadilla yang melepasi Neuer pada minit ke-71.