Bayern turunkan Sanches hadapi Schalke

Bayern turunkan Sanches hadapi Schalke

BERLIN, 9 Sept – Renato Sanches dari Potugal bersedia untuk membuat kemunculan bersama Bayern Munich ketika juara Bundesliga itu menentang Schalke 04 malam ini.

Bayern menuju ke Gelsenkirchen dengan masih lagi baru memulakan persaingan musim ini dengan keadaan yang bergaya dua minggu lalu dengan membenam Werder Bremen 6-0 di Allianz Arena.

Sekarang mereka dilihat akan mengekalkan rekod cemerlang mereka di Veltins Arena, di mana Bayern belum pernah tewas sejak Disember 2010.

Dan ketika pasukan dari Jerman itu selesa dengan pengurusan jurulatih dari Itali, Carlo Ancelotti, peminat akan mendapatkan pandangan pertama mereka hujung minggu ini terhadap Sanches, 19, yang sekarang pulih daripada kecederaan yang dialami ketika Euro 2016.

“Dia seorang yang fenomena dan dia 100 peratus cergas,” Ancelotti mengesahkan mengenai bekas pemain Benfica itu, yang membantu Portugal memenangi Kejohanan Eropah dengan menewaskan tuan rumah Perancis dalam final.

Permulaan mengejutkan Bayern dalam kempen ini meningkatkan prospek bagi berulangnya musim 2012-13, apabila mereka mendahului dari awal sehingga akhir di bawah Jupp Heynckes.

Tetapi Ancelotti, yang mana pasukannya menghadapi Rostov of Russia dalam perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara mereka pada pertengahan minggu, memberi amaran juara Bundesliga itu memerlukan semua pemain mereka pada musim yang sibuk.

“Beberapa minggu akan datang adalah sukar. Kami beraksi dalam tujuh perlawanan dalam tempoh 20 hari. Ia adalah penting untuk memulakan dengan kemenangan,” katanya.

“Saya hanya perlu fokus bagi perlawanan esok. Selepas itu saya akan mula memikirkan mengenai perlawanan Liga Juara-Juara,” kata Ancelotti, yang akan menghargai rehat tambahan sebelum menghoskan pasukan tangga kedua liga Rusia, musim lalu. – AFP