Bazar Amal 2016 dilanjutkan

Bazar Amal 2016 dilanjutkan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 April – Memandangkan penerimaan pengunjung yang begitu memberangsangkan sejak ianya dilancarkan pada 4 April lalu, Battle Pro Event Management (B-Pro) dengan kerjasama Jabatan Daerah Brunei dan Muara akan melanjutkan Bazar Amal 2016 ‘Satu Baju, Satu Senyuman’ hingga 10 April ini.

Menurut Penolong Pentad-bir B-Pro, Awang Shahrizal Momin, sambutan kali ini sangat baik dan memberi peluang terutama yang berkeluarga untuk menempah baju mereka bersempena kedatangan Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Di samping, mereka dapat beramal kepada anak-anak yatim di Daerah Brunei dan Muara.

Antara pengunjung yang memenuhi bazar amal tersebut.
Antara pengunjung yang memenuhi bazar amal tersebut.

pg07_160408_c

Antara jualan menarik dalam Bazar Amal ini, pelbagai jenis produk rumah, pakaian Muslimah, makanan dan minuman dijual dengan harga berpatutan. Beliau berharap agar orang ramai datang dan menyokong acara beramal ini di samping berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah menarik seperti tiket penerbangan, telefon pintar iPhone 6 yang akan diumumkan pada Disember ini nanti.