Bazar Amal 3.0 ‘1 Baju 1 Senyuman’ bermula

Bazar Amal 3.0 ‘1 Baju 1 Senyuman’ bermula

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 April – Sebagai sebahagian daripada usaha memeduli anak-anak yatim dan memberikan mereka senyuman sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Battle Pro Event bersama Jabatan Daerah Brunei dan Muara akan menganjurkan Bazar Amal 3.0 ‘1 Baju 1 Senyuman’ di Dewan Muhibbah, Jalan Lapangan Terbang Lama, Berakas bermula esok hingga 7 April ini.

Orang ramai yang ingin menderma dan menghadiahkan pakaian baru kepada anak-anak yatim, boleh mendapatkan fabrik di dewan berkenaan di mana syarikat tekstil dan syarikat jahitan ditempatkan di sana. Mereka juga boleh mendapatkan ukuran pakaian dengan harga jahitan $17 untuk Baju Melayu dan $20 untuk Baju Kurung.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengunjungi Facebook Fanpage@Battle Pro Marketing & Services dan Instagram@ BATTLEPROMMS, melayari laman sesawang www.battleprogroup.wordpress.com atau menghubungi Pembantu Tadbir Battle Pro Marketing and Management Services di talian 8307490.

ARTIKEL YANG SAMA