Bazar amal awal tahun Hijrah

Bazar amal awal tahun Hijrah

Oleh Salawati Haji Yahya

Gambar Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Okt – Sebanyak 20 petak jualan disediakan pada bazar amal sempena Sambutan Awal Tahun Hijrah 1437, mengetengahkan peniaga kecil-kecilan dari Kampung Kiulap dan sekitarnya, yang diadakan di Dewan Kemasyarakatan Rancangan Perumahan Negara (RPN) I Lambak Kanan bermula kelmarin hingga 30 Oktober ini.

Bazar lima hari berkenaan telah dirasmikan oleh Penghulu Mukim Gadong ‘B’ Mejar (B) Haji Bakar bin Safar yang seterusnya melawat petak pameran serta beramah mesra bersama para peniaga yang menyertai bazar berkenaan.

Sebanyak 10 peratus daripada hasil bazar amal yang berkonsepkan berbelanja sambil menderma ini, akan disumbangkan kepada anak-anak yatim Kampung Kiulap dan sekitarnya untuk membeli barangan persekolahan.

Haji Bakar hadir selaku tetamu kehormat.
Haji Bakar hadir selaku tetamu kehormat.
Antara barangan yang dijual di bazar amal tersebut.
Antara barangan yang dijual di bazar amal tersebut.

Di samping bagi mengutip derma, acara ini juga memberi peluang kepada peniaga kecil-kecilan untuk mempromosi barangan jualan mereka seterusnya meningkatkan ekonomi dalam usaha menggalakkan orang ramai berbelanja di negara sendiri.

Majlis turut diserikan dengan persembahan oleh murid-murid Sekolah Ugama Haji Mohd Jafar Maun, Kiulap dan sepanjang bazar ini, orang ramai yang berbelanja $10 ke atas berpeluang menyertai cabutan bertuah yang mana cabutannya akan dibuat pada hari Jumaat ini.

Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk mengunjungi bazar berkenaan yang dibuka dari pukul 9 pagi hingga 10 malam.

ARTIKEL YANG SAMA