Bazar amal Hari Keluarga di Taman Jubli

Bazar amal Hari Keluarga di Taman Jubli

Oleh Rafidah Jumat & Imelda Farrah Zohre HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Bazar amal sempena sambutan Hari Keluarga anjuran Majlis Perundingan Kampung Kiulap dengan kerjasama Jabatan Daerah Brunei dan Muara membuka pintunya untuk orang ramai bermula hari ini sehingga 31 Mei 2015.

Pembukaan bazar amal di Taman Jubli Haji Hassanal Bolkiah itu disempurnakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Penghulu Mukim Gadong ‘A’, Yang Berhormat Haji Tahamid bin Haji Nudin.

Bazar yang diadakan selama tiga hari itu mengetengahkan pelbagai barangan jualan termasuk pakaian, tudung, barang perhiasan dan mekap, makanan dan sebagainya, di samping pameran reptilia dan arnab.

Ia dibukakan dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 5 petang pada Sabtu manakala Ahad, bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Yang Berhormat Haji Tahamid memotong reben bagi merasmikan bazar amal yang berlangsung hingga esok, di Taman Jubli, di ibu negara.
Yang Berhormat Haji Tahamid memotong reben bagi merasmikan bazar amal yang berlangsung hingga esok, di Taman Jubli, di ibu negara.
Yang Berhormat Haji Tahamid melawat petak menjual barang mekap.
Yang Berhormat Haji Tahamid melawat petak menjual barang mekap.
Watak filem Transformer, Bumblebee turut tampil untuk menghiburkan kanak-kanak.
Watak filem Transformer, Bumblebee turut tampil untuk menghiburkan kanak-kanak.

Pengerusi majlis, Haji Mohammad bin Abu Bakar ketika ditemui menjelaskan bazar ini diadakan setiap dua tahun, dan tahun ini ia mendapat sambutan yang menggalakkan apabila pihaknya menerima lebih daripada 40 penyertaan berbanding tahun sebelumnya.

“Apa yang menarik untuk bazar kali ini ialah pengunjung pada Ahad ini berpeluang untuk menyaksikan persembahan kikik dari Thailand, Indonesia, Jepun, Filipina, Malaysia, Myanmar dan Sarawak,” jelasnya.

Persembahan kikik itu akan diadakan pada sebelah petang, ujarnya sambil menambah pengunjung juga boleh menyertai pertandingan kikik di mana kikik-kikik juga akan dijual di bazar itu.

ARTIKEL YANG SAMA