Bazar buku di UTB 18 April ini

Bazar buku di UTB 18 April ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 April – Sempena memperingati ulang tahun ke-30 Universiti Teknologi Brunei (UTB), Perpustakaan UTB akan menganjurkan Bazar Buku pada 18 hingga 21 April ini di tingkat satu perpustakaan berkenaan.

Pembekal-pembekal buku Brunei, Singapura dan Malaysia juga telah dijemput untuk menyertai cara berkenaan. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Bazar Buku Perpustakaan UTB ini berobjektif untuk mempromosikan aktiviti perpustakaan dan memberikan peluang memilih buku-buku baru bagi komuniti akademik universiti berkenaan menerusi interaksi langsung dengan pembekal buku tempatan dan luar negara.

Di samping itu, ia juga membolehkan komuniti akademik universiti menyedari akan terbitan buku-buku dan rujukan akademik terkini dalam pelbagai bidang bagi menyokong aktiviti-aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan serta untuk bacaan. Bazar berkenaan juga diadakan bagi menambah lagi koleksi perpustakaan dengan terbitan buku-buku, rujukan dan topik am terkini mengenai pelbagai bidang, di samping meningkatkan kesedaran komuniti mengenai pengayaan pengetahuan dan budaya membaca sebagai sumber aspirasi bagi pembelajaran sepanjang hayat dalam kehidupan harian.

ARTIKEL YANG SAMA