Bazar Ekspres...

Bazar Ekspresi Seni sempena Bandarku Ceria

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mac – Dalam sama-sama memeriahkan lagi aktiviti hujung minggu Bandarku Ceria, Majlis Belia Brunei dengan kerjasama Kumpulan Putra Seni telah mengadakan Bazar Ekspresi Seni berdekatan Galeri Seni, Dermaga Diraja Brunei di ibu negara.

Bazar yang diadakan setiap hari Ahad bermula dari jam 6 pagi hingga 4 petang itu mengetengahkan pelbagai barangan industri belia kreatif seperti kraf tangan, material budaya, lukisan, grafik, reka bentuk, kaligrafi, selain alat tulis, poskad, buku, majalah, cenderamata dan banyak lagi.

Selain itu, bazar tersebut juga mengadakan beberapa pertunjukan dan pameran yang berasaskan seni, sastera, budaya dan warisan.

Bazar Ekspresi Seni tersebut hari ini turut mengetengahkan secara eksklusif Numismatis (pengumpul mata wang), jualan lukisan sketsa, santai mewarna dan kiosk belia.

Selain bagi kunjungan orang ramai yang menyertai Program Bandarku Ceria, bazar tersebut juga turut disasarkan kepada para pelancong luar Negara.

Antara koleksi mata wang yang dipamerkan semasa bazar tersebut.
Antara koleksi mata wang yang dipamerkan semasa bazar tersebut.