Bazar hujung minggu 1 April ini

Bazar hujung minggu 1 April ini

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mac – Dalam usaha menyahut seruan pihak kerajaan serta menyuntik semangat penduduk kampung dalam menceburi bidang perusahaan dan perniagaan, Rancangan Perumahan Negara Kampung Panchor, Mengkubau buat julung-julung kalinya akan mengadakan Projek Bazar Hujung Minggu.

Temu bual media dengan Pengerusi Projek Bazar Hujung Minggu RPN Kampung Panchor, Mengkubau, Haji Hairol menjelaskan, projek bazar ini bukan saja untuk menjana perekonomian untuk kesejahteraan kehidupan tapi ia juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk RPN Kampung Panchor, Mengkubau selain memupuk semangat kejiranan serta bergotong-royong.

Beliau seterusnya menjelaskan, bazar hujung minggu itu akan diadakan setiap hujung bulan atau awal bulan selama tiga hari iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad saja.

“Projek Bazar yang pertama akan diadakan pada 1 hingga 3 April 2016 di Taman Riadah sepanjang Jalan Tanjong Selasih, RPN Kampung Panchor, Mengkubau,” tambahnya.

Katanya lagi, idea untuk mengadakan bazar ini timbul apabila melihat kebanyakan penduduk di kampung berkenaan mempunyai kemahiran dan produk sendiri untuk diketengahkan kepada orang ramai.

Bazar berkenaan juga akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti antaranya perlawanan kikik terbuka, peraduan memasak, peraduan mewarna dan face painting.

Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk berkunjung dan memberi sokongan kepada Bazar Hujung Minggu yang bermula dari pukul 7:30 pagi hingga

6 petang kecuali hari Jumaat yang dibuka dari 7:30 pagi hingga 11:30 pagi dan disambung semula pukul 2 petang hingga 6 petang.

ARTIKEL YANG SAMA