Bazar Hujung Minggu, 7 Okt ini

Bazar Hujung Minggu, 7 Okt ini

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Okt – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Rancangan Perumahan Negara (RPN) Panchor, Mengkubau sekali lagi akan mengadakan Bazar Hujung Minggu dengan memberi peluang kepada orang ramai untuk ikut serta.

Bazar yang akan diadakan selama tiga hari dari 7 hingga 9 Oktober 2016 di Taman Riadah Bukit Mengkubau itu diadakan setelah mendapat sambutan baik daripada orang ramai pada bazar sebelum ini.

Bazar ini juga akan dibahagikan kepada beberapa kategori seperti Kategori Makanan dan Minuman, Kategori Makanan dan Salaian serta Kategori Aksesori dan Pakaian, di samping itu, bazar juga akan disertai oleh beberapa buah syarikat.

Selain aktiviti jualan, bazar ini juga akan dimeriahkan dengan beberapa aktiviti seperti Streetsoccer, permainan bola jaring dan pertandingan Fixie yang juga dibukakan penyertaan kepada orang ramai.

Sehubungan itu, penduduk RPN Panchor, Mengkubau dan orang ramai yang berhasrat untuk ikut serta berjaja di bazar tersebut dialu-alukan dengan menghubungi penganjur di talian 8978907 atau 7165565 bagi sebarang pertanyaan.

ARTIKEL YANG SAMA