Bazar Hujung Minggu mendapat sambutan meriah

Bazar Hujung Minggu mendapat sambutan meriah

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Okt – Bazar Hujung Minggu anjuran Majlis Perundingan Kampung, Rancangan Perumahan Negara Kg Panchor, Mengkubau menutup tirainya hari ini yang mana acara tersebut mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.

Bazar yang telah diadakan selama tiga hari bermula 7 Oktober di Taman Riadah Bukit Mengkubau itu telah dibahagikan kepada beberapa kategori seperti Kategori Makanan dan Minuman, Kategori Makanan dan Salaian serta Kategori Aksesori dan Pakaian.

Selain aktiviti jualan, bazar ini turut dimeriahkan dengan beberapa aktiviti seperti bola sepak jalanan, permainan bola jaring dan pertandingan basikal Fixie yang dibukakan penyertaannya kepada orang ramai.

Bazar jualan yang menjual pelbagai barangan seperti makanan dan pakaian.
Bazar jualan yang menjual pelbagai barangan seperti makanan dan pakaian.
Acara bola sepak jalanan yang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk kampung.
Acara bola sepak jalanan yang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk kampung.

Bazar ini diadakan bertujuan bagi memeriahkan lagi suasana kawasan perumahan Bukit Mengkubau dengan menyatukan penduduk kampung untuk menyertai bazar tersebut, di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara satu dengan yang lain.

Selain itu juga ia turut memupuk sifat kekeluargaan dan mengamalkan cara hidup sihat dengan aktiviti yang telah disediakan.

ARTIKEL YANG SAMA