Bazar Ramadan Belia Ria 22 Jun hingga 2 Julai

Bazar Ramadan Belia Ria 22 Jun hingga 2 Julai

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mei –Majlis Perundingan Kampung (MPK) Kampung Sungai Hanching dan Kampung Salambigar, dengan kerjasama Mukim Berakas B akan menganjurkan Bazar Ramadan Belia Ria 1436 Hijrah.

Bazar berkenaan akan berlangsung selama 11 hari, bermula dari 22 Jun sehingga 2 Julai bertempat di Dewan Muhibah Pejabat Daerah Brunei dan Muara di Berakas.

Sejumlah 50 penjual yang merangkumi sekurang-kurangnya 50 peratus Usahawan Muda akan menjual pelbagai produk mereka sepanjang musim perayaan ini seperti kek musim perayaan, pakaian tradisional lelaki dan perempuan serta songkok dan tudung.

Sepanjang Bazar Ramadan Belia Ria 1436 Hijrah, para pengunjung berpeluang merakam gambar bersama keluarga dengan bagi setiap rakaman dikenakan harga serendah hanya $10. Aktiviti itu akan dikendalikan oleh Sketch One Studio sebuah lagi syarikat milik Usahawan Muda. Selain itu turut diadakan ialah hadiah cabutan bertuah.

Sementara itu sebarang penjual yang berminat menyertai bazar masih lagi berpeluang membuat pendaftaran. Setiap gerai jualan dikenakan bayaran serendah $110.

Menurut Setiausaha Majlis Perundingan Kampung (MPK) Kampung Salambigar dan Sungai Hanching, Haji Syed Mohd Yassin bin Haji Syed Anayatullah, antara objektif Bazar Ramadan Belia Ria 1436 Hijrah ialah member peluang kepada usahawan tempatan untuk menjual produk keluaran mereka, memberi peluang pada belia dan anggota MPK menjual produk mereka dengan harga yang amat berpatutan serta ia merupakan sebahagian aktiviti tahunan MPK Kampung Sungai Hanching dan Kampung Salambigar.

ARTIKEL YANG SAMA