Bazar Ramadan di Hua Ho Manggis Mall

Bazar Ramadan di Hua Ho Manggis Mall

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jun – Bermula 23 Jun yang lalu, Star Bugs Event Management mengadakan Bazar Ramadan di Aras Bawah Hua Ho Manggis Mall, yang akan berlangsung selama lapan hari sehingga 30 Jun ini.

Bazar berkenaan antaranya menampilkan beberapa pengusaha tempatan termasuk Suriaeggtart, dBookHaus, Old Klang RD, Little Home Collections, Shineblingz, Zazacollectionz, MellyB, Maria Basyirah, Nazz Mass Collections, Nurmuyasarah Ent dan lain-lain.

Jurucakap acara berkenaan berkata bazar itu bertujuan untuk membantu aktiviti perniagaan dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana tempatan bagi memenuhi permintaan sambutan hari raya Aidilfitri ini nanti.

“Sambutan pengunjung adalah menggalakkan dan kami merasa sangat berbesar hati dengan respons yang diberikan oleh pengunjung yang sentiasa memberikan sokongan kepada perusahaan tempatan apatah lagi di dalam menempuhi lebaran kali ini,” ujar beliau ketika ditemui baru-baru ini.

Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan untuk datang ke bazar berkenaan yang dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Pelbagai barang persiapan raya dijual di bazar anjuran Star Bugs Event Management itu.
Pelbagai barang persiapan raya dijual di bazar anjuran Star Bugs Event Management itu.

ARTIKEL YANG SAMA