Bazar Ria Kelab Amal Amali Ahad ini

Bazar Ria Kelab Amal Amali Ahad ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Mei – Kelab Amal Amali akan menganjurkan bazar ria selama lapan hari di kawasan tempat letak kereta Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas mulai 10 Mei ini.

Selain jualan, aktiviti-aktiviti sampingan yang disediakan termasuklah Pertandingan Lumba Kereta Tamiya Mini 4WD dan Perlumbaan Grand Prix Ke Jepun pada 17 Mei; Pameran Kereta Retro Brunei (10 Mei dan 17 Mei), rumah hantu dan pertunjukan reptilia serta haiwan eksotik.

Bazar Ria Kelab Amal Amali itu dianjurkan bersama Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan dibantu oleh Syarikat Pengurusan Acara Rock Solid dan Syarikat Hiburan DSZ.