Bazar RPN Panchor Mengkubau meriah

Bazar RPN Panchor Mengkubau meriah

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mei – Bazar Hujung Minggu Rancangan Perumahan Negara (RPN) Panchor Mengkubau terus meriah meskipun hari ini hari terakhir ia berlangsung apabila orang ramai mengambil kesempatan mengunjungi bazar itu.

Bazar bermula 29 April lalu di Taman Riadah Jalan Tanjong Selasih itu disertai 50 warga kampung yang menawarkan pelbagai barangan jualan bermula daripada makanan sehinggalah pakaian.

Ia juga diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti peraduan mewarna, pertunjukan kucing, pesta ria, perlawanan bola, pertandingan kikik dan banyak lagi.

Bazar juga adalah bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Keluarga selain memperkenalkan produk dan kraf tangan penduduk kampung dan mengeratkan perpaduan dalam kalangan penduduk.

Suasana bazar hujung minggu RPN Panchor Mengkubau.
Suasana bazar hujung minggu RPN Panchor Mengkubau.
Seorang kanak-kanak menyaksikan kucing yang dipertunjukkan di bazar itu.
Seorang kanak-kanak menyaksikan kucing yang dipertunjukkan di bazar itu.

ARTIKEL YANG SAMA