Bazar Usahawan Belia 26-28 Feb ini

Bazar Usahawan Belia 26-28 Feb ini

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Feb – Sebagai usaha berterusan untuk memberikan pendedahan dan membantu usahawan muda serta belia tempatan mengetengahkan produk dan perkhidmatan yang mereka tawarkan, Bazar Usahawan Belia akan dianjurkan di Premium Lounge, Tingkat Bawah, The Airport Mall bermula 26 hingga 28 Februari nanti.

Bazar anjuran Battle Pro Marketing & Management Services itu merupakan salah satu kegiatan tanggungjawab sosial korporat bagi syarikat berkenaan untuk memberikan khidmat bakti kepada masyarakat.

Dengan tema ‘Menghubungkan Belia, Mengukuhkan Ekonomi’, bazar itu bertujuan membantu memberikan pendedahan dan pengalaman kepada usahawan belia mengenai dunia keusahawanan sebenar serta untuk membukakan peluang bagi lebih ramai belia untuk sama-sama terlibat dalam usaha untuk mengukuhkan ekonomi.

Sehubungan itu, pihak penganjur bazar berkenaan amat mengalu-alukan orang ramai untuk berkunjung dan menyokong usahawan belia tempatan sepanjang bazar tiga hari itu nanti.

Bagi mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Shahrizal Momin di talian, 8307490.

ARTIKEL YANG SAMA