BBBF anjur forum keselamatan siber

BBBF anjur forum keselamatan siber

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 April – Forum Perniagaan Britain Brunei (BBBF) kelmarin mengadakan forum keselamatan siber yang bertemakan ‘Keselamatan Siber: ada peperangan yang berlaku di luar sana’ yang diadakan di Kolej Perniagaan Laksamana.

Menurut kenyataan daripada BBBF, Pengarah Keselamatan Antarabangsa, Mike Cotterill, telah diundang bagi menyampaikan forum tersebut. Beliau juga adalah seorang pakar keselamatan siber yang bertanggungjawab bagi pembangunan perniagaan QinetiQ United Kingdom yang berpengalaman dalam bidang ini di seluruh rantau Asia Pasifik.

Antara topik persoalan yang dibincangkan ialah: ‘Adakah perang siber mengambil alih peperangan konvensional?’ dan ‘Sejauh manakah keselamatanya terhadap anda dan perniagaan anda?’ yang telah mencetuskan perdebatan di kalangan ahli perniagaan dari semua sektor di Brunei yang menghadiri forum tersebut.

Pengerusi BBBF, Andrew Varley yang dipetil sebagai berkata, “Walaupun ramai yang sedar bahawa adanya masalah, namun mereka hanya mempunyai sedikit idea tentang dari mana ianya datang atau apakah langkah yang boleh diambil untuk menanganinya. Acara itu telah direka untuk mengangkat disebalik misteri yang sering berlaku terhadap isu-isu tersebut dan juga bagi memperlihatkan strategi untuk menghadapi ancaman ini. “

Forum Perniagaan Britain Brunei sentiasa mengalu-alukan ahli-ahli baru yang berminat. Maklumat lanjut mengenai kategori keahlian dan ahli-ahli semasa boleh didapati di laman webnya www.britbrubus.com di mana anda boleh mencari secara online atau membuat turun borang permohonan, atau anda boleh berhubung melalui secretary@britbrubus.com.

Mike Cotterill semasa menyampaikan forum keselamatan siber di Kolej Perniagaan Laksamana.
Mike Cotterill semasa menyampaikan forum keselamatan siber di Kolej Perniagaan Laksamana.