BBC adakan Hari Keluarga

BBC adakan Hari Keluarga

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Dis – Bersatu Bikers Club (BBC), semalam, telah mengadakan Hari Keluarga yang dihadiri beberapa keluarga ahli persatuan sebagai aktiviti tahunannya bagi mengisi masa lapang sempena cuti sekolah hujung tahun.

Acara berkenaan telah diisi dengan pelbagai aktiviti seperti peraduan mewarna, membawa bola plastik menggunakan sudu, menyambung straw, mencari gula-gula dalam tepung dan bermacam-macam lagi.

Yang Di-Pertua BBC, Awang Zaini bin Haji Puddin dalam ucapannya di awal majlis turut menyampaikan penghargaan kepada ahli-ahli jawatankuasa kelab serta anggota keluarga mereka yang sama-sama menjayakan sambutan Hari Keluarga berkenaan.

Gambar ramai ahli BBC bersama keluarga mereka ketika aktiviti tahunan itu.
Gambar ramai ahli BBC bersama keluarga mereka ketika aktiviti tahunan itu.

pg10_151215_b

ARTIKEL YANG SAMA