BBC menang anugerah berprestij

BBC menang anugerah berprestij

LOS ANGELES, 27 Sept (AFP) – BBC meraih anugerah berprestij Pertubuhan Berita Online bagi kewartawanan perkhidmatan awam Sabtu lalu bagi penggunaan aplikasi sembang WhatsApp untuk menyebarkan maklumat tentang Ebola di kawasan-kawasan yang teruk terjejas ketika letusan 2014.

Kumpulan itu diberi penghormatan kerana ia menggunakan asas baru untuk menyebarkan maklumat menyelamatkan nyawa, seperti bagaimana penyakit merebak dan di mana mendapat bantuan, dalam bahasa Inggeris dan Perancis, dalam format yang akan sampai kepada para pembaca di mana saja mereka berada.

“Itu adalah penghormatan besar untuk membawa pulang anugerah ini,” kata editor digital BBC Steve Hermann apabila menerima anugerah.

“Itu adalah penghormatan lebih besar untuk menjadi sebahagian khidmat menyelamatkan nyawa.”

Dalam mengembangkan perkhidmatan aplikasi sembang, BBC memutuskan untuk menggunakan grafik, teks dan klip audio untuk menghantar mesej, mengelak fail-fail besar seumpamanya seperti klip video yang akan memakan data pengguna.

Pertubuhan itu juga dianugerahkan penghormatan pertamanya bagi wartawan bebas James Folley, yang telah dipancung kepalanya oleh kumpulan Islamic State (IS) dalam video pertama yang disebarkan meluas yang memperlihatkan pembunuhan tebusan-tebusan Barat.

Anugerah diberikan kepada Cengiz Yar, seorang jurugambar yang bekerja di zon konflik, terutamanya Syria.

“Anugerah ini adalah peringatan bahawa kami mempunyai tanggung jawab untuk menjadikan dunia tempat lebih baik dari yang kita temuinya. Menjadi penghantar mesej, menjadi yang dipercayai untuk memberitahu kisah mereka, adalah lebih dari pekerjaan, itu adalah satu seruan.”

Syarikat baru berita sosial Reported.ly, yang bersekutu dengan First Look Media, memenangi anugerah bagi liputan berita mereka tentang penembakan di sebuah majalah satira Perancis Charlie Hebdo.

Penembakan berlaku dua hari selepas pelancaran Reported.ly menguji pasukan kecil dari awal lagi.

“Kami malah tidak begitu mengenali antara satu sama lain,” kata Andy Carvin tentang enam orang kakitangannya, yang berada di seluruh dunia.

“Cabaran mewujudkan sebuah pasukan, dan kami lebih baik untuk itu.”

Dalam kategori lain, The Baltimore Sun telah memenangi dua anugerah bagi liputannya ke atas pembunuhan polis Freddie Grey dan rusuhan yang menggegarkan bandar itu selepas kematiannya.

The Washington Post menang anugerah bagi keseluruhan kecemerlangan dalam bercerita digital dan The Globe and Mail Kanada mendapat hadiah bagi liputannya ke atas penembakan Parliament Hill.

ARTIKEL YANG SAMA