BBC, PTB bertahlil di Kubah Makam Diraja

BBC, PTB bertahlil di Kubah Makam Diraja

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jun – Kelab Bersatu Bikers (BBC) bersama Persatuan Temburong Bikers, semalam, telah mengadakan Majlis Bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

Majlis tahlil ini merupakan sebahagian daripada aktiviti yang telah disusun oleh BBC sempena bulan Ramadan yang mulia ini.

Hadir pada majlis berkenaan ialah Yang Di-Pertua BBC, Pengiran Mahyuddin bin Pengiran Haji Malek dan Yang Di-Pertua Persatuan Temburong Bikers, Awang Khairol Asraf serta ahli-ahli kelab berkenaan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil.

Yang Di-Pertua BBC dan PTB Bikers.
Yang Di-Pertua BBC dan PTB Bikers.

ARTIKEL YANG SAMA