BBO martabat jenama model paling laris

BBO martabat jenama model paling laris

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Dis – Bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan ahlinya, Brunei Bimmer Owner (BBO) telah mengadakan aktiviti perkumpulan yang telah menghimpunkan sebanyak 44 buah kenderaan jenama BMW bersama pemiliknya di Hutan Simpan Berakas, hari ini.

Perkumpulan BBO kali keempat yang diadakan dengan sokongan Qaf Auto Sdn Bhd bersempena musim cuti persekolahan akhir tahun ini juga bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan dengan ahli-ahli dari luar negara yang turut serta dalam acara berkenaan.

Presiden BBO, Awang Khasfullah H.M, ketika ditemu bual berkata, BBO akan membuat koleksi kereta jenama BMW terlaris sejak dahulu hingga sekarang, yang akan dikumpulkan mengikut model-model yang ada di Brunei pada masa ini.

Antara model BMW yang dimiliki oleh ahli BBO.
Antara model BMW yang dimiliki oleh ahli BBO.
Pemilik kereta jenama BMW bersama kereta masing-masing.
Pemilik kereta jenama BMW bersama kereta masing-masing.
Gambar ramai dalam kalangan ahli BBO.
Gambar ramai dalam kalangan ahli BBO.

Menurut beliau lagi, BBO ditubuhkan bukan sahaja untuk menaikkan martabat jenama BMW, tetapi juga untuk dijadikan sebagai satu hobi daripada membuat perkara yang tidak berfaedah.

Setakat ini, ahli BBO telah mencapai seramai 100 orang, tambahnya lagi.

ARTIKEL YANG SAMA