BDAC adakan latihan TTYL

BDAC adakan latihan TTYL

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Ogos – Bersempena dengan musim cuti penggal persekolahan ini, Kelab Penyinar Majlis AIDS Brunei Darussalam (BDAC) akan mengadakan Latihan Pembangunan Pasukan dan Kepimpinan Belia (TTYL), pada 5 hingga 7 September depan, di Pusat Belia di ibu negara.

Disokong oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, latihan yang menyasarkan golongan belia berusia 16 hingga 28 tahun ini bermatlamat untuk melibatkan orang-orang muda dalam bengkel-bengkel dan sesi pembangunan kapasiti diri.

Menurut kenyataan BDAC, antara objektif latihan berkenaan adalah untuk membolehkan para peserta membangunkan kapasiti pendidik muda dalam kemahiran pengurusan pasukan dan pembentangan, menanamkan keyakinan dalam kalangan orang muda yang menjawat jawatan pengurusan, meningkatkan semangat kerja berpasukan dalam kalangan ahli pasukan, menghargai kepentingan kepimpinan belia dan ciri-ciri positif kepimpinan baik serta mengenal pasti asas kepimpinan dan kemahiran kepimpinan yang efektif.

ARTIKEL YANG SAMA