BDAC sambut Hari Raya

BDAC sambut Hari Raya

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Ogos – Majlis AIDS Negara Brunei Darussalam (BDAC), turut mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diselajurkan dengan Sambutan Ulang Tahun ke-15, yang berlangsung di Kafeteria Pusat Promosi Kesihatan, Berakas.

Majlis yang menyaksikan kehadiran kira-kira 100 jemputan itu turut dihadiri Yang Di-Pertua BDAC, Awang Iswandy bin Ahmad; Timbalan Yang Di-Pertua (Pentadbiran), Awang Mohd Hazrin bin Daud; Timbalan Yang Di-Pertua (Aktiviti dan Acara), Dayang Liyana binti Latif serta ahli-ahli yang lain.

Antara tujuan majlis ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam antara ahli-ahli BDAC, ahli-ahli Kelab Penyinar iaitu kelab belia di bawah naungan BDAC, pihak-pihak berkepentingan, wakil dari jabatan-jabatan kerajaan serta swasta dan orang ramai amnya.

Gambar ramai Awang Iswandy (berdiri, kiri), Awang Hazrin (berdiri, dua dari kiri), Andy Tan (berdiri, tengah) serta ahli-ahli BDAC yang lain.
Gambar ramai Awang Iswandy (berdiri, kiri), Awang Hazrin (berdiri, dua dari kiri), Andy Tan (berdiri, tengah) serta ahli-ahli BDAC yang lain.

ARTIKEL YANG SAMA