BDAF anjur Hari Olahragawan Sedunia

BDAF anjur Hari Olahragawan Sedunia

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mei – Sekolah Rendah Pulaie muncul juara dalam Kategori Olahraga Kanak-Kanak Lelaki semasa Hari Olahraga Sedunia anjuran Persekutuan Olahraga Brunei Darussalam (BDAF) yang diadakan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, baru-baru ini.

Pasukan Mixed Kids Team A dan Pasukan Brunei-Muara pula masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.

Sementara itu, dalam Kategori Olahraga Kanak-Kanak Perempuan pula juara disandang oleh Pasukan Brunei-Muara,diikuti oleh Pasukan Mixed Team A dan Pasukan Tutong berada di tempat kedua dan ketiga.

Dalam Kategori Perempuan 13-15 tahun pula dimenangi oleh Sekolah Sukan, diikuti oleh Pasukan Brunei-Muara di tempat kedua dan Pasukan Belait di tempat ketiga.

Manakala dalam Kategori Lelaki 13-15, Pasukan Brunei-Muara berjaya mengatasi Sekolah Sukan (tempat kedua) dan Pasukan Belait (tempat ketiga).

Presiden BDAF, Awang Kifli bin Haji Jaafar menyampaikan cenderahati kepada tetamu kehormat.
Presiden BDAF, Awang Kifli bin Haji Jaafar menyampaikan cenderahati kepada tetamu kehormat.
Salah satu acara yang dipertandingkan.
Salah satu acara yang dipertandingkan.

Dalam Kategori Lelaki 16-17 tahun, Pasukan Tutong A berjaya mendapat tempat pertama, diikuti di tempat kedua dan ketiga oleh Sekolah Sukan dan Pasukan Brunei-Muara A.

Manakala Sekolah Sukan pula memenangi dalam Kategori Perempuan 16-17 tahun diikuti oleh Pasukan Brunei-Muara ditempat kedua dan Pasukan Tutong A di tempat ketiga.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pengarah di Jabatan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran, Awang Roslan bin Suhailee.

Acara yang dianjurkan sempena Hari Olahraga Sedunia dengan bertemakan ‘Olahraga Untuk Dunia Yang Lebih Baik’ itu disertai oleh para olahragawan dan olahragawati dari Cosmopolitan College, SMJA, Sekolah Sukan dan pasukan-pasukan dari Daerah Brunei-Muara, Belait, Tutong dan Temburong.

Pemenang dipilih mengikut mata terkumpul yang diperolehi dalam acara sukan seperti larian 100m, 200m, 400m, 800m, Lompat Tinggi, Lontar Peluru dan Rejam Lembing. – Emmielia Zaini

ARTIKEL YANG SAMA