BDARA beri bantuan perhubungan The Run

BDARA beri bantuan perhubungan The Run

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mei – Persekutuan Radio Amatur Brunei Darussalam (BDARA) tidak ketinggalan memberi sumbangan dalam menjayakan Larian Amal Pusat Ehsan Al-Ameerah Al Hajjah Maryam, The Run 2015, hari ini, dengan menyediakan bantuan perhubungan.

Seramai 29 ahli BDARA terlibat dalam memberikan bantuan perhubungan dengan diketuai oleh Timbalan Yang Dipertua BDARA, Mejar (B) Haji Tamat bin Haji Lampoh.

Menurut kenyataan BDARA, ia merupakan salah satu kegiatan persekutuan dan salah satu sumbangannya kepada masyarakat.

Ahli-ahli BDARA bergambar ramai semasa acara larian amal The Run 2015, kelmarin.
Ahli-ahli BDARA bergambar ramai semasa acara larian amal The Run 2015, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA