BDM anjur Pameran Mengunjar Ramadan 2016

BDM anjur Pameran Mengunjar Ramadan 2016

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jun – Lebih 60 petak pameran akan mempamerkan produk-produk menarik di Pameran Mengunjar Ramadan 2016 yang akan berlangsung pada 13 Jun hingga 19 Jun di Stadium Tertutup, Berakas.

Pengurus Berambang Development & Management (BDM), Dayang Haryanti binti Ismail memberitahu sidang media di Stadium Tertutup, petang tadi bahawa, pameran selama tujuh hari itu akan dibukakan kepada orang ramai bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam dengan diisikan pelbagai aktiviti keagamaan seperti peraduan Hafazan, peraduan Azan dan bacaan doa, peraduan kaligrafi Islam kategori A dan B serta peraduan Murattal.

Pelbagai produk seperti hijab, baju-baju, aksesori Hari Raya dan sebagainya juga boleh didapati di pameran berkenaan. Selain itu, sebuah petak pameran perkahwinan dari Kern & Hani Dream Wedding juga menyedia-kan baucar perkahwinan percuma sepanjang pameran itu.

Pengurus BDM, semasa menyampaikan sidang media dan mesyuarat bersama peniaga yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Stadium Tertutup, petang kelmarin.
Pengurus BDM, semasa menyampaikan sidang media dan mesyuarat bersama peniaga yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Stadium Tertutup, petang kelmarin.

 

Antara peniaga yang akan menyertainya ialah Shaheera Collection, Syarikat Nori, Syarikat Norbaya, Wear It Bn, Sweet Buttons, Nurhana Musyarah Butik, Naai & Wahiiaan, Anna Muslim, Restoran Esma, Mallyna Enterprise, Ezliesa Enterprise, Alperha Hijab, Cover up Collection dan banyak lagi. Pameran ini juga diisikan dengan ceramah motivasi daripada Awang Farizal bin Ali, persembahan tausyeh dan juga cabutan bertuah.

Orang ramai yang berminat bolehlah mengambil borang penyertaan di Stadium Tertutup sebelum pameran diadakan ataupun menyertai secara terus semasa pameran berlangsung. Jumlah penyertaan adalah berdasarkan yang dahulu didahulukan.

ARTIKEL YANG SAMA