BDNAB akan terbitkan buku teks braille

BDNAB akan terbitkan buku teks braille

page-10a_03102016

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Okt – Bagi membantu golongan cacat penglihatan di negara ini, dua anggota Persatuan Orang Buta Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNAB) telah dihantar bagi mengikuti Latihan Pengguna Index Braille di Melaka, Malaysia.

Menurut kenyataan BDNAB di sini, latihan yang akan berlangsung di Indeks Braille Teknologi Sys (M) Sdn Bhd dari 3 hingga 4 Oktober itu akan disertai oleh Naib Presiden/Pengarah Eksekutif BDNAB, Muhammad Hamzi bin Omar dan Naib Bendahari BDNAB, Awangku Muhd ​​Hazim bin Pengiran Haji Mumin.

BDNAB akan menerbitkan buku teks braille atas idea pengarah eksekutifnya sendiri untuk membantu pelajar-pelajar sekolah rendah yang cacat penglihatan di negara ini pada pertengahan Oktober tahun ini.

ARTIKEL YANG SAMA