BDNAB anjur majlis korban

BDNAB anjur majlis korban

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Sept – Seramai 84 orang ahli Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Kebangsaan Negara Brunei Darussalan (BDNAB) dan golongan tertentu menerima agihan daging korban BDNAB sempena Majlis Ibadah Korban hari ini.

Majlis penagihan daging korban yang berlangsung di Pusat Bahagian Brunei Muara, Kampung Pulaie itu disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud.

Pada majlis ibadah korban BDNAB tahun ini mengorbankan seekor kerbau di mana antara lain tujuan majlis ini adalah untuk memberi peluang kepada ahli persatuan untuk turut sama-sama memeriahkan Sambutan Hari Raya Aidiladha di samping mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli.

Dato Paduka Haji Mohd Roselan ketika menyampaikan agihan daging korban kepada ahli BDNAB.
Dato Paduka Haji Mohd Roselan ketika menyampaikan agihan daging korban kepada ahli BDNAB.

pg08_160914_b

Terdahulu, acara pengagihan daging korban diserikan dengan bacaan Al-Quran oleh Pengerusi Unit Pendidikan BDNAB, Dayangku Saoffiezah binti Pengiran Haji Abu Bakar manakala bacaan Doa Selamat pula dipimpin oleh Awang Muhd Hazri bin Mohd Hailie.

Majlis juga dimeriahkan dengan ceramah mengenai keistimewaan ibadah korban yang disampaikan oleh penceramah dari Pusat Dakwah Islamiah, Haji Mail bin Besar.