BDNAB erat silaturahim bersama ahli

BDNAB erat silaturahim bersama ahli

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Ogos – Majlis Tertinggi Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNAB) telah mengadakan Sambutan Hari Raya yang dihadiri oleh lebih 50 ahlinya di Restoran & Katering Sotorindu, Rimba, hari ini.

Sambutan itu diadakan bagi mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli persatuan di samping pengumuman Majlis Tertinggi BDNAB mengenai aktiviti-aktiviti yang akan diadakan pada masa akan datang.

Majlis itu kemudian turut diserikan dengan penyampaian ‘sampul hijau’ daripada Timbalan Presiden/Pengarah Urusan BDNAB, Awang Muhammad Hamzi bin Omar kepada ahli-ahli persatuan yang hadir. Menurut kenyataan daripada BDNAB, setakat ini terdapat seramai 77 orang ahli yang berdaftar dengan BDNAB sejak penubuhannya pada 17 Januari 2001.

ARTIKEL YANG SAMA