BDTTA cemerlang di luar negara

BDTTA cemerlang di luar negara

Oleh Faridah Haji brahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Sept – Persatuan Pingpong Brunei Darussalam (BDTTA) mengadakan majlis penghargaan sempena kemenangan para pemain persatuan itu pada Kejohanan Malaysia International Table Tennis Master 2015, baru-baru ini.

BDTTA menghantar tiga pasukan iaitu BDTTA Romeo, BDTTA Tango dan BDTTA Siera.

Tetamu kehormat pada majlis penghargaan itu ialah Naib Pengerusi 11 BDTTA, Awang Goh Lian Teng.

Sebanyak 19 pasukan masing-masing dari Negara Brunei Darussalam, Kota Kinabalu, Sandakan, Papar dan Semenanjung Malaysia menyertai kejohanan tersebut yang berlangsung mulai 19 sehingga 20 September lepas, bertempat di Arena Sukan Borneo di Kota Kinabalu, Sabah.

pg20_150926_b

Pasukan BDTTA Siera layak ke peringkat Consolation dan muncul juara setelah menewaskan Ppasukan Sollent Killer dari Kota Marudu.

Pasukan BDTTA Romeo pula mara ke peringkat akhir Novice dan mendapat tempat kedua setelah ditewaskan Pasukan Persatuan Sandakan.

Dalam pada itu Pasukan BDTTA Tango pula hanya layak ke suku akhir setelah dikalahkan oleh Pasukan Inanam Kimia A .

Pengurus Pasukan BDTTA, Sheikh Haji Said bin Sheikh Haji Yahya yang juga merupakan pemain BDTTA Siera turut menyertai perlawanan dalam kejohanan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA