BDTTA sahut cabaran ping pong Labuan

Oleh Mohamad Asyramisyanie
Gambar oleh Khairil Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 April – Tiga pasukan daripada Persatuan Ping Pong Brunei Darussalam (BDTTA) iaitu Pasukan BDTTA Romeo, BDTTA Sierra dan BDTTA Tango akan menyertai Kejohanan Ping Pong Jemputan Borneo Piala Dato Sri Goh Sin Han 2017 di Wilayah Persekutuan Labuan bermula 29 hingga 30 April.

Enam belas buah pasukan akan menyertai kejohanan itu termasuk tiga dari Brunei Darussalam dan pasukan-pasukan akan dibahagikan kepada empat kumpulan. Kumpulan A terdiri daripada Pasukan Mustang, BDTTA Tango, KKTTA ‘B’ dan TUDM A.

Sementara dalam Kumpulan B pula menyaksikan Pasukan Labuan Fortune Hotel, JPK Sabah, BDTTA Romeo and G7T. Manakala dalam Kumpulan C ditempatkan Pasukan KKTTA ‘A’, IPD Labuan, TUDM B dan Poseidon. Dan dalam Kumpulan D terdiri daripada Pasukan BDTTA Sierra, Tuaran TTA, Papar Romo United dan TUDM C.

Mengetuai rombongan negara ke kejohanan itu ialah ketua jurulatih, Pengiran Sufian. Manakala setiap pasukan mempunyai ketua masing-masing, Pasukan BDTTA Romeo akan diketuai oleh Mohd Hanifah Haji Bungsu dan akan disertai oleh Haji Rusli bin Haji Yusop, Wee Tzu Min, Puh Suan Kan, Mohammad Arib Zalidi bin Abdul Latif, Chen Hian Chin dan Jiffy Bataan Fonbuena.

Sementara Pasukan BDTTA Sierra will akan diterajui Samuel Revales dan akan disertai oleh Lim Kian Hioing, Zulfadli bin Abdul Rahman, Lai Kok Siung, Hu King Ung, Low Day Yei dan Tan To Ming.

Omar bin Nasir pula dilantik selaku ketua Pasukan BDTTA Tango dan akan disertai oleh Mohd Rapaie Bagol, Rahim Munggu, Muhammad Mujjiib bin Abdul Musauwir, Abdul Kifli bin Haji Abdul Alim, Pengiran Muhamad Wa’ie Sufiyan bin Pengiran Haji Mohd Saifin dan John Joseph Roy.

Pasukan BDTTA yang akan mewakili negara ke Kejohanan Ping Pong Jemputan Borneo Piala Dato Sri Goh Sin Han 2017.
Pasukan BDTTA yang akan mewakili negara ke Kejohanan Ping Pong Jemputan Borneo Piala Dato Sri Goh Sin Han 2017.