Bebas dengan parol Ogos depan

Bebas dengan parol Ogos depan

JOHANNESBURG, 9 Jun (AFP) – Bintang pecut Paralimpik dari Afrika Selatan Oscar Pistorius, yang disabitkan menembak mati teman wanitanya bersedia untuk dibebaskan dengan parol pada Ogos selepas menjalani hukuman penjara 10 bulan, menurut pegawai-pegawai semalam, sekali gus mencetuskan kemarahan keluarga mangsa.

Pistorius, yang menjadi wira global selepas bertanding dalam Sukan Paralimpil dan Olimpik, mendakwa beliau tersilap menganggap Reeva Steenkamp sebagai penceroboh apabila melepaskan empat tembakan ke arah pintu bilik mandi pada 2013.

Atlet berusia 28 tahun itu didapati bersalah pada tahun lepas dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun.

“Lembaga Penyeliaan dan Parol…meluluskan penempatan Oscar Pistorius di bawah penyeliaan untuk pemulihan berkuat kuasa pada 21 Ogos,” menurut kenyataan kerajaan.

Bagaimanapun keluarga Steenkamp menyuarakan kekecewaan dengan pengumuman itu.

Gambar fail bertarikh 12 September 2014 menunjukkan Oscar Pistorius mendengar keputusan perbicaraan kesnya di Mahkamah Tinggi di Pretoria, Afrika Selatan. – AFP
Gambar fail bertarikh 12 September 2014 menunjukkan Oscar Pistorius mendengar keputusan perbicaraan kesnya di Mahkamah Tinggi di Pretoria, Afrika Selatan. – AFP

“Pemenjaraan selama 10 bulan kerana mengambil nyawa orang lain adalah tidak memadai,” ibu bapa Reeva, June dan Barry Steenkamp berkata dalam satu kenyataan melalui atas talian.

“Kami bimbang ini tidak akan menghantar mesej yang sesuai dengan tahap kesalahan yang dilakukan.”

Kenyataan itu menambah bahawa keluarga mangsa sudah pun “memaafkan” Pistorius dan “tidak akan bertindak balas” di atas kematian akan perempuan mereka, 29, seorang model yang berjaya serta penyampai televisyen.

Zach Modise, pesuruhjaya perkhidmatan pemulihan, memberitahu AFP bahawa Pistorius mungkin diletakkan di bawahan tahanan dalam rumah dengan tempoh masa bebas sejam setiap hari sebelum sekatan itu dikurangkan secara berperingkat-peringkat.