Bebas tuduhan cederakan isteri

Bebas tuduhan cederakan isteri

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Julai – Mahkamah Majistret di sini, semalam, melepas dan membebaskan seorang lelaki daripada tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya.

Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman membuat keputusan itu dalam penghakimannya terhadap Pengiran Mohamad Ezul Hazrin bin Pengiran Haji Zohaini, 35, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes itu.

pg06_160716_mahkamah logo2

“Pendakwaan gagal membuktikan tindakan Pengiran Mohamad Ezul itu dilakukan secara sengaja,” kata Majistret Pengiran Shahyzul.

Pengiran Mohamad Ezul yang diwakili Peguam Bela, Haji Mohd Rozaiman bin DSLJ Haji Abdul Rahman pertama kali dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada 7 April 2015.

ARTIKEL YANG SAMA