Beberapa anak damit mati ditemui

Beberapa anak damit mati ditemui

BERLIN, 13 Nov (AFP) – ‘Beberapa’ mayat anak damit ditemui pada Khamis lalu dalam hartanah di Bavaria, Jerman selatan, semasa lawatan oleh perkhidmatan kecemasan, kata polis.

Mereka tidak memberikan apa-apa maklumat mengenai keadaan kematian mereka atau berapa banyak mayat yang ditemui, tetapi akhbar tempatan melaporkan dua anak damit telah meninggal dunia.

Seorang jurucakap polis di Bayreuth, sebuah bandar di utara Bavaria, enggan mengulas.

Mei lalu, seorang wanita dijatuhi hukuman tiga tahun dan lapan bulan penjara kerana membunuh dua anaknya dan menyembunyikan mereka di dalam peti ais.

Pada Oktober 2013, di Bavaria, mayat dua anak damit daripada tahun 1980-an ditemui semasa kerja-kerja pembinaan dilakukan.