Beberapa hilang, cedera dalam letupan di kilang BASF

Beberapa hilang, cedera dalam letupan di kilang BASF

FRANKFURT, 17 Okt – Beberapa orang hilang dan yang lain cedera selepas letupan berlaku hari ini di sebuah kilang kimia di ibu pejabat BASF di barat Jerman, menurut firma itu, menasihati penduduk tempatan untuk kekal berada di dalam rumah.

Letupan itu, yang berlaku sekitar jam 11:30 pagi (0930 GMT) dan mencetuskan beberapa kebakaran, berpunca dari kerja-kerja ke atas saluran paip, menurut BASF dalam satu kenyataan.

“Beberapa orang cedera, sebilangannya juga hilang,” katanya.

Imej-imej menunjukkan kebakaran besar dan asap tebal kelihatan dari tapak tersebut.

“Perkhidmatan kecemasan dari seluruh rantau itu berada di tempat kejadian untuk mencegah kebakaran daripada merebak ke kilang lain,” kata pihak berkuasa bandar Ludwigshafen dalam satu kenyataan.

Syarikat itu berkata para penduduk di Ludwigshafen dan berhampiran Mannheim seharusnya kekal berjaga-jaga dan menutup pintu dan tingkap. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA