Beberapa j’raya BSB tutup setiap Ahad mulai 2 Okt

Beberapa j’raya BSB tutup setiap Ahad mulai 2 Okt

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Sept – Baru-baru ini Bandar Seri Begawan telah diisytiharkan sebagai Bandar Raya Kebudayaan ASEAN dan ini memberi peluang untuk menonjolkan keunikan suasana ibu negara di mana masyarakatnya hidup penuh dengan warisan dan tradisi keBruneian.

Sehubungan itu, beberapa batang jalan raya di kawasan Bandar Seri Begawan akan ditutup mulai pukul 6 hingga 10 pagi setiap hari Ahad mulai 2 Oktober ini. Dengan ini orang awam dapat datang beramai-ramai ke Bandar Seri Begawan dan menggunakan ruang-ruang yang ada bagi menjalankan aktiviti-aktiviti berbentuk riadah, kebudayaan, kekeluargaan dan kemasyarakatan, RTB melaporkan.

Dengan demikian Bandar Seri Begawan akan menjadi sebuah taman bandar yang dapat dinikmati oleh semua melalui aktiviti-aktiviti seperti berjalan, berjoging, berbasikal, senamrobik, berjual-jualan dan lain-lain aktiviti.

Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai dan menyokong norma baru tersebut demi kesejahteraan setiap individu, keluarga dan masyarakat di Negara yang menjurus ke arah kualiti kehidupan yang tinggi selaras dengan Wawasan Brunei 2035.

ARTIKEL YANG SAMA