Beberapa kawasan di KK dinaiki air

Beberapa kawasan di KK dinaiki air

KOTA KINABALU, 8 Nov (Bernama) – Hujan berterusan sejak 2 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Kota Kinabalu dan Penampang dinaiki air. Menurut maklumat Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, beberapa kawasan di Penampang membabitkan Minintod, Bantayan, Bulatan Nanas, dan Kolopis dinaiki air selain berlaku tanah runtuh kecil di kawasan Kasigui. Menurut pusat gerakan itu keadaan masih terkawal dan ada beberapa jalan di daerah itu masih boleh dilalui.

“Pihak Bomba ketika ini sedang beroperasi bagi mengumpul maklumat mengenai kawasan yang dinaiki air,” katanya. Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sabah Abd Razaq Basir berkata kawasan Telipok turut dinaiki air.

Beliau berkata pasukan penyelamat JPAM Sabah juga sedang memantau keadaan banjir di sekitar Kota Kinabalu dan Penampang termasuk kejadian tanah runtuh.