Beberapa pemain pilihan pulang awal

Beberapa pemain pilihan pulang awal

NEW YORK, 1 Sept – Kekejangan menjadi punca kelemahan, kata Milos Raonic, dia tidak mampu memegang raketnya secara betul akibat perkara itu.

Naib juara Wimbledon bulan lepas, dan pilihan kelima di Terbuka AS, Raonic mula berasa sakit pada pergelangan tangan kirinya ketika set kedua, yang telah menjadi punca kekalahan yang luar biasa pada pusingan kedua ke atas pemain bukan pilihan Ryan Harrison dari Amerika dengan keputusan 6-7(4), 7-5, 7-5, 6-1.

Akhirnya, masalah itu merebak ke lengan kiri Raonic. Kemudian kedua-dua paha, ke bahagian pinggul dan ke bahagian belakangnya. Ini bukan sesuatu yang boleh untuk memenangi perlawanan atau membuat servis.

“Ia begitu teruk buat saya,” ujar Raonic. “Saya mula-mula hanya mendapat kekejangan kecil yang tidak membolehkan saya memegang raket dengan betul. Saya tidak dapat menukar pegangan saya dari satu arah ke arah seterusnya.

Dia merupakan salah seorang daripada tiga pemain pilihan yang tersingkir daripada kejohanan itu pada hari ke-3, meskipun pemergian pemain lain itu kurang mengejutkan.

Masalah kekejangan menjadi punca kekalahan Raonic pada perlawanan tersebut. – AFP
Masalah kekejangan menjadi punca kekalahan Raonic pada perlawanan tersebut. – AFP

Pemain wanita nombor tiga dunia Garbine Muguruza, juara Terbuka Perancis, melakukan 38 unforced error dan terpaksa tunduk dengan keputusan 7-5, 6-4 ke atas Anastasija Sevastova. Kesemua penampilan Muguruza pada Terbuka AS telah berakhir dalam pusingan pertama atau kedua.

Sementara pemain nombor sembilan Svetlana Kuznetsova, juara 2004, memenangi empat permainan awal sebelum tewas 6-4, 6-4 ke atas Caroline Wozniacki, pemain bukan pilihan namun begitu berpotensi untuk memberikan kejutan kepada sesiapa sahaja berikutan kejayaan naib juara dua kali di kejohanan itu.

Pada lewat malam, kelengkapan terbaru kejohanan, bumbung bernilai AS$150 juta di stadium Arthur Ashe ditutup buat pertama kali, apabila permainan dihalang oleh hujan pada set kedua perlawanan di antara Rafael Nadal dan Andreas Seppi yang berkesudahan dengan keputusan kemenangan Nadal 6-0, 7-5, 6-1.

Apa yang jelas berbeza apabila bumbung ditutup ialah apa yang dicakapkan oleh peminat dalam stadium tersebut begitu kedengaran apabila waktu rehat di antara setiap mata permainan. – AFP