Beberapa pemain utama Argentina cedera

Beberapa pemain utama Argentina cedera

BUENOS AIRES, 25 Ogos (Reuters) – Argentina kehilangan empat pemain kerana kecederaan atau tidak cergas bagi jelajah bulan September mereka ke Texas termasuk Angel Di Maria dan Javier Pastore, menurut Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) semalam.

Jurulatih, Gerardo Martino kehilangan Pablo Zabaleta dan Lucas Biglia menghubungi pemain pertahanan San Lorenzo, Emmanuel Mas dan pemain midfield River Plate, Matias Kranevitter menggantikan tempat mereka.

Martino, yang mengumumkan skuadnya minggu lalu, mungkin menamakan lebih ramai pemain bagi jelajah perlawanan persahabatan menentang Bolivia di Houston pada 4 September dan Mexico di Dallas empat hari kemudian, kata AFA dalam laman sesawangnya (www.afa.com.ar).

Argentina menggunakan jelajah itu untuk bersedia bagi pembukaan perlawanan kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan 2018 pada Oktober depan.

Di Maria baru saja menyertai Paris Saint-Germain dari Manchester United dan perlu untuk menekankan kecergasannya sementara rakan sepasukannya dari PSG, Pastore dalam rawatan kecederaan kaki.

Pemain pertahanan Manchester City, Zabaleta tidak akan beraksi sekurang–kurangnya sebulan kerana mengalami kecederaan ligamen lutut sementara Biglia mengalami kecederaan kaki kanan ketika menentang Lazio hujung minggu lalu.

Media setempat membuat spekulasi Martino akan menamakan, Nicolas Gaitan dari Benfica dan Angel Correa dari Atletico Madrid bagi menggantikan Di Maria dan Pastore.

Atletico melaporkan bahawa pemain penyerang bawah-20 tahun Argentina, Corea sudah dihubungi.

“Correa dihubungi oleh Gerardo ‘Tata’ Martino bagi…dua perlawanan persahabatan yang bermakna panggilan pertamanya dalam pasukan senior, pasukan kebangsaan (Argentina),” kata mereka dalam laman sesawang (www.clubatleticodemadrid.com).