Beberapa terbunuh dalam letupan besar loji gas Nigeria

Beberapa terbunuh dalam letupan besar loji gas Nigeria

LAGOS, 25 Dis (AFP) – Satu letupan besar berlaku di loji gas industri di tenggara Nigeria telah memusnahkan bangunan-bangunan berhampiran dan membunuh beberapa orang, menurut polis hari ini.

Letupan di loji gas Inter Corp Oil Limited, anak syarikat Kumpulan Chicason konglomerat Nigeria, berlaku pada jam 1 petang kelmarin, meranapkan loji berkenaan yang dikelilingi bangunan dan kenderaan di bandar Nnewi.

“Jelasnya lebih dua orang maut,” jurucakap polis, Ali Okechukwu memberitahu AFP.

“Ia adalah kebakaran besar.”

Okechukwu tidak dapat mengesahkan laporan tempatan yang mengatakan lebih 50 orang terbunuh, dan menjelaskan siasatan masih lagi dijalankan.

“Beberapa orang dikhuatiri maut selepas letupan itu,” kata Okechukwu dalam temu bual telefon dari Awka, bandar Negeri Anambra.

“Setakat malam kelmarin, tangki terowong bawah tanah masih lagi terbakar, namun ia tidak lagi merebak ke kemudahan lain.”

Nigeria merupakan pengeluar minyak terbesar Afrika, memperoleh hasil pendapatannya daripada komoditi tersebut.