Beckenbauer akan disoal siasat lagi – Laporan

Beckenbauer akan disoal siasat lagi – Laporan

BERLIN, 23 Nov (dpa) – Franz Beckenbauer akan disoal siasat lagi esok oleh para peguam luar berkaitan dengan skandal sekitar Piala Dunia 2006 di Jerman, menurut Sueddeutsche Zeitung (SZ).

Akhbar itu berkata dalam laporannya edisi hari ini bahawa para peguam daripada firma undang-undang pelbagai negara Freshfields Bruckhaus Deringer mahu menyoal siasat beliau berkaitan dengan perjanjian berkontrak mengenai “beberapa perkhidmatan” yang dimeterainya dengan CONCACAF, yang ditandatangani bagi pihak mereka oleh bekas eksekutif FIFA Jack Warner, empat hari sebelum undian Piala Dunia 2006 pada tahun 2000.

Beckenbauer, yang merupakan kedua bidaan Piala Dunia dan jawatankuasa penganjur, kali pertama disoal siasat oleh para peguam pada 26 Oktober berkaitan dengan skandal yang membabitkan sejumlah 6.7 juta euro (AS$7.4 juta) berupa pembayaran daripada Persekutuan Bola Sepak Jerman (DFB) kepada FIFA berkaitan dengan Piala Dunia 2006.

Beckenbauer menafikan sebarang salah laku tetapi dalam temu ramah dengan akhbar SZ keluaran Sabtu beliau mengakui bahawa “Saya sentiasa menandatangani apa sahaja. Saya malah menandatanganinya secara membuta tuli.”

ARTIKEL YANG SAMA