Beckenbauer tolak dakwaan rasuah

Beckenbauer tolak dakwaan rasuah

BERLIN, 19 Okt – Franz Beckenbauer, yang mengetuai jawatankuasa penganjuran bagi Piala Dunia 2006, semalam menolak dakwaan bahawa dana telah disediakan untuk membeli undian dan membawa perlawanan itu kembali ke Jerman pada 2000.

“Saya tidak pernah memberikan wang kepada sesiapa pun dalam mendapatkan undian jadi Jerman dianugerahkan Piala Dunia 2006,” Beckenbauer, kata bekas pemenang dan jurulatih Piala Dunia, dalam kenyataan.

“Dan saya pasti tidak ada ahli jawatankuasa bidaan lain melakukan sesuatu seperti itu.”

Majalah Der Speigel melaporkan pada Jumaat bahawa dakwaan dana disediakan dengan 6.7 juta yang dipinjam daripada mendiang CEO Adidas, Robert Louis-Dreyfus bagi jawatankuasa bidaan Piala Dunia Jerman untuk memberikan rasuah kepada pegawai-pegawai FIFA dalam memastikan membawa perlawanan itu bagi Jerman ketika undian pada tahun 2000.

Der Spiegel berkata di antara mereka yang sedar mengenai dana itu adalah Beckenbauer, yang mengetuai jawatankuasa, begitu juga dengan Wolfgang Niersbach, presiden Persekutuan Bola Sepak Jerman (DFB) sekarang, yang juga naib presiden jawatankuasa penganjuran, yang memetik dokumen dalaman bagi DFB.

Niersbach pada Sabtu lalu juga menolak dakwaan itu dan berkata dia mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan ke atas majalah itu. – Reuters