Beckham timbang bina sekolah sukan di stadium Miami

Beckham timbang bina sekolah sukan di stadium Miami

MIAMI, 28 Okt (Reuters) – David Beckham sedang mempertimbangkan cadangan untuk membina sebuah sekolah tinggi sukan di stadium baru bola sepak di Miami sebagai sebahagian daripada usaha untuk membawa pasukan Major League Soccer ke bandar itu.

Kumpulan pelaburan Beckham membincangkan cadangan pihak berkuasa pendidikan awam Miami di bawah ‘Beckham High’ yang akan menjadi sebahagian daripada pembangunan stadium di kawasan seluas 10.5 ekar milik majlis perbandaran di kejiranan Little Havana.

Pasukan Miami Beckham United dibenarkan menggunakan tanah itu dan mendapat pengecualian cukai harta, dan akan membayar bandar AS$850,000 setahun dalam tempoh 60 tahun untuk jumlah sebanyak AS$51 juta.

Perjanjian itu juga akan membolehkan sistem sekolah awam Miami – keempat terbesar negara – menggunakan stadium untuk upacara tamat pengajian dan acara-acara lain.

“Saya boleh katakan konsep ‘Beckham High’ bergema agak kuat bersama saya,” kata penguasa sekolah, Alberto Carvalho pada Selasa.

“Idea perkongsian antara Miami Beckham United, bandaraya, daerah dan sistem sekolah yang memberi manfaat kepada kanak-kanak di Miami-Dade amat menarik, tetapi kami mempunyai banyak perincian yang perlu diperhalusi sebelum perjanjian dimuktamadkan,” kata jurucakap Beckham, Tadd Schwartz.

Beckham melengkah ke Miami hampir dua tahun yang lalu dan memacu kegilaan media apabila membuat pilihan dalam kontrak MLS untuk memiliki francais.

Tetapi Beckham dan pelabur beliau termasuk pengasas America Idol, Simon Fuller dan CEO Sprint, Marcelo Claure berusaha untuk mencari sokongan politik bagi mendapatkan kawasan untuk membina stadium bernilai AS$250 juta dengan 30,000 tempat duduk.

Pembayar cukai Florida Selatan yang agak keberatan dengan perjanjian stadium selepas taman besbol AS$500 juta Miami Marlins dikecam kerana terlalu memihak kepada pemilik yang kaya, dan pasukan Beckham gagal dalam rundingan.

Beckham United berkata, mereka akan membiayai pembinaan stadium secara sendirian tetapi sedang mencari tawaran untuk mendapatkan tanah awam.

ARTIKEL YANG SAMA