BEDB, Shenglong New Energy Automobile meterai MoU

BEDB, Shenglong New Energy Automobile meterai MoU

Oleh Aziz Idris di Nanning, China

 

NANNING, China, 12 Sept – Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) dan Shenglong New Energy Automobile Co Ltd menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) Tidak terikat; untuk pelaburan yang dicadangkan bagi menubuhkan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan untuk Kenderaan Yang Menggunakan Tenaga Bersih di Brunei Darussalam, dalam acara sampingan Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-13 di Guangxi International Wharthon Hotel hari ini.

Shenglong Energy Automobile Co Ltd mempunyai keupayaan dan pengalaman meluas dalam pengeluaran kenderaan elektrik dan merupakan entiti baru yang ditubuhkan untuk projek berpotensi di Brunei Darussalam.

Mewakili BEDB ialah Ketua Promosi Pelaburan, Awang Harris bin Ibrahim, sementara Shenglong New Energy Automobile Co Ltd diwakili oleh Presidennya, Zhong Wang.

Gambar ramai selepas majlis menandatangani MoU.
Gambar ramai selepas majlis menandatangani MoU.
Majlis penandatanganan antara BEDB dan Shenglong New Energy Automobile Co Ltd bagi menubuhkan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan untuk Kenderaan yang Menggunakan Tenaga Bersih di Brunei Darussalam.
Majlis penandatanganan antara BEDB dan Shenglong New Energy Automobile Co Ltd bagi menubuhkan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan untuk Kenderaan yang Menggunakan Tenaga Bersih di Brunei Darussalam.

Hadir menyaksikan majlis penandatanganan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng dan Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr) Haji Mohd Yasmin bin Haji Umar serta pegawai-pegawai daripada kedua-dua belah pihak.

Penubuhan dua entiti berkenaan akan mewujudkan peluang dengan memajukan pekerjaan baru dan kemahiran untuk penduduk tempatan dan pada masa yang sama membawa kepada pertambahan dalam eksport.

MoU adalah hasil daripada lawatan yang diadakan di antara wakil Brunei dan Guangxi, diketuai oleh Timbalan Menteri Kewangan, Dato Paduka Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah dan Menteri Teknologi China.

ARTIKEL YANG SAMA