Bedilan kumpulan IS bunuh 9 pelajar Syria

Bedilan kumpulan IS bunuh 9 pelajar Syria

DAMSYIK, 22 Dis (AFP) – Kumpulan jihad Islamic State (IS) telah membunuh sembilan pelajar Syria apabila mereka membedil sebuah sekolah di bandar timur Deir Ezzor hari ini, menurut laporan agensi berita SANA. Balai Cerap bagi Hak Asasi Kemanusiaan Syria mengatakan sembilan kanak-kanak perempuan terbunuh dan 20 lagi cedera, kebanyakannya pelajar dari daerah Hrabesh yang ditawan rejim.

“Jumlah itu sepertinya meningkat ketika beberapa orang yang cedera itu dalam keadaan yang serius,” Rami Abdel Rahman dari balai cerap berkenaan memberitahu AFP.

Kumpulan IS telah mengawal hampir keseluruhan wilayah Deir Ezzor yang kaya minyak sejak 2013, namun separuh dari bandar rantau itu masih lagi di tangan kerajaan.