Bee Seng lancar produk mesra alam

Bee Seng lancar produk mesra alam

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Sept – Syarikat penyaman udara, Bee Seng Airconditioning & Engineering Sdn Bhd melancarkan produk penyaman udara terbaru, Mitsubishi Heavy Duty yang menggunakan gas penyaman udara berkualiti dan mesra alam, R401A di premisnya di Kampung Beribi hari ini.

Hadir melancarkan produk itu ialah Pengarah Bee Seng, Lim Jin Wei yang turut memberi penerangan ringkas mengenai kehebatan penyaman udara terbaru itu.

Menurut beliau, penyaman udara Mistubishi ini yang menggunakan gas penyejuk R410A mampu menyerapkan dan membebaskan haba dengan lebih baik berbanding mana-mana gas penyejuk penyaman udara lain.

Pengurus syarikat menerangkan mengenai produk terbaru penyaman udara Mitsubishi Heavy Duty.
Pengurus syarikat menerangkan mengenai produk terbaru penyaman udara Mitsubishi Heavy Duty.

Ia digunakan dalam sistem inverter kerana kestabilan dan kualiti yang mengagumkan, sekali gus memanjangkan jangka hayat mesin pemampat dan mesra ozon serta menyalurkan kesejukan serta-merta.

Menurutnya lagi, penyaman udara yang baik mampu menyalurkan udara dingin ke segenap ruang secara selaras, memberikan keselesaan kepada pengguna.

Semasa pelancaran itu juga, Bee Seng juga mengadakan sesi cabutan bertuah bagi pelanggan yang berpeluang membawa pulang hadiah-hadiah menarik.

ARTIKEL YANG SAMA